BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 13, 2009

Oh Bilik Kuarantin


Salam bicara...

Bersua lagi kita di bulan Ramadan. Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi kita masih lagi bernafas dan berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini.

Kali ini, aku ingin berkongsi cerita dgn korang yg sdg membaca blog aku utk tika ini mengenai Kelas Cahaya Cemerlangku yg telah menjadi Bilik Kuarantin sewaktu berlangsungnya UPSR baru-baru ini..


Mari kita terjah apakah yg dimaksudkan dgn Bilik Kuarantin...

ada 2 meja yg disediakan utk pelajar UPSR yg sakit.

carta nombor telah ditutup bg mengelakkan ditiru oleh pelajar UPSR

carta bacaan juga ditutup..

tu dia keadaan ruang belakang.....
Korang perasan tak gamba yg first td, ada byk sgt buku bertimbun kt belakang.. Itu sebenarnya buku-buku teks utk thn hadapan nye.. dh nama bangunan sementara kan. Kita org mmg mengalami kesulitan, tidak mempunyai stor penyimpanan.. Jd, aku terpaksa laa share Kelas Cahaya. Jadinya sekarang Kelas Cahaya Cemerlang a.k.a stor buku-buku teks.. hehehe..




tu dia, bertimbun oo mak engkau buku teks.... iyalah satu sekolah maunya dekat 800 ratus lebih murid nye..


buku-buku teks yg tgh malu-malu menunggu giliran utk disusun... byknya.. mau pengsan aku nih................. huhuhu

Nasib baik ada pekerja tambahan, murid-murid cahaya yg sentiasa ringan tulang membantu gurunya yg kurus cekeding nih.. hehe

Dalam dekat setengah jam lak juga kami bertungkus lumus menyusun buku-buku teks ni.. tp, yg sedihnya mana perginya bunga matahari aku kt sudut bacaan tu.. waaaaaa........


Ni kan tempat sudut bacaan murid-murid cahaya aku dulu.. Diorg suka lepak sini sbb katanya suka melihat bunga matahari Cikgu Ah yg sentiasa berkembang, xkucup2... hehehe...



"Cikgu Ah, kami dh siap susun ni... Amikla gamba kitaorg... hehehe...." kata murid-murid cahaya aku...

"Baik, Cikgu Ah amik skang... 1,2,3, kasi peace............!!!"




Wasssalam,
Guru Cahaya.










Friday, September 11, 2009

Bunga-bunga matahari.....

Salam bicara,

Minggu ni merupakan minggu pelajar-pelajar tahun 6 menghadapi UPSR. Dan, hari ini adalah hari terakhir. Sepanjang tempoh itu juga, Kelas Cahaya Cemerlang tidak beroperasi. Kelas aku telah dijadikan sebagai Bilik Kuarantin. Khusus utk murid-murid UPSR yg sakit. Aku belum lagi mengambil gambar Kelas Cahaya yg telah diubahsuai menjadi Bilik Kuarantin.
Insya-Allah, nanti aku upload gambar tersebut.

Tajuk entry kali ini berbunyi Bunga-Bunga Matahari.. Bunga kesukaan cikgu Ah ke tu..?? Takde laa, aku suka bunga tulip sebenarnya..khasnya yg berwarna merah jambu.. (Eh, apa motif bgtau bunga kesukaan ni..Layan je laa ekk.... hehehe) Ni Bunga Matahari pd siapa yg xkenal mana satu bunganye..


bunga matahari


bunga tulip

Entry kali ini ditulis khas kerana ada seorang pelayar blog iaitu namakulin telah meminta agar aku melukis mural dan hiasan di dinding kelas cahaya.. Idea yg menarik tetapi buat pengetahuan Cikgu Lin, Kelas Cahaya sekarang adalah bangunan sementara yg akan dirobohkan apabila bangunan SK Lutong yg baru sudah siap nanti. Jd, syg pulak rasanya klu dihias cantik2.. Mungkin, jika di Kelas Cahaya yg baru nanti cadangan ini akan ditimbangkan. Anyway, terima kasih byk2 pd namakulin.

Jadi, adakah Kelas Cahaya yg berada di bangunan sementara kosong n tiada hiasan langsung..??
........

........

........

........

........

.........

..........................................................

Ini je laa hiasan yg mampu aku buat. Sudut Bacaan. Kad-kad bacaan dr abm tahun 1980an yg masih lg elok aku ubahsuai lalu ditampal di sini.. Murid-murid cahaya aku suka membaca di sini.. Tapi, kecil sajalah ruangan di sini......NAMPAK BUNGA MATAHARI...??

Entah apa2 la gaya murid-murid cahaya aku bila diminta berposing di sudut bacaan ini. Tp, aku layan saja.. Hehehe...


2 org murid cahaya yg telah diminta menjadi model BUNGA MATAHARI sekejap..
(Dari kiri, Prila Tasha n Lyana Banun).. Lyana mcm model sudah dgn gaya tgn di pipinye.. Layan lagi...hehehe

Yg ni pulak sekadar gambar hiasan... hehehe... ( Dari kiri : Maxson, Prila Tasha, Lyana Banun, Danny Chan. Depan adalah Yusri)

comelnya baju tulip tu.. buat baju seragam rasmi utk murid2 cahaya cemerlang.. Hahaha.. xpenah dibuat org...



Wassalam

Guru Cahaya..

Thursday, September 3, 2009

Tiba-tiba ada sungai di depan kelas cahaya sy...



Salam bicara..

Wah, tajuk entry kali ini agak suspens yer..? Kalu korang tak rasa suspens pun, buat2 je la ekk.. huhuhu.. Di Miri, kebelakangan ini sentiasa hujan sahaja kecuali hari ini saja cerah benderang sampai ke ptg.

Jadi, bila dah hujan ja tiap-tiap hari, maka apakah yg akan berlaku?? Banjirlah melanda di kawasan dpn kelas cahaya aku. Kawasasan kt depan tu mmg rendah sket jd, bila hujan tak berhenti air akan bertakung di situ..

Nah, lihat sndr................................,


Kan, betul aku kata tiba-tiba ada sungai kt dpn kelas aku.
Tapi, sungai ni dijamin xleh mandi setakat rendam kaki takat betis cukuplah. hehe..


Kelihatan seorang budak buat-buat lalu kat depan aku persis seorang model.
Macam dia tau-tau saja cikgu dia dok tgh snap gamba kt depan tu..

Sambil2 tu, aku nak cerita pasal bangunan baru sekolah. Nampak tak dlm gamba tu.. blum siap lg. Tgh dlm proses pembinaan. Dijangka siap hujung thn 2010 or awal thn 2011. Lepas ni, merasa la aku dok dlm bilik pemulihan baru yg berhawa dingin. (Hehe...harap2 dan berdoa sajalah)





Kelas cahaya yg aku dok pakai skang adalah bangunan sementara. Jadi, kalau dah nama bangunan sementara. Paham-paham lah korang bagaimana panas dan tak selesanya. Tambah-tambah bila kelas time pukul 5 ptg ke atas. Cahaya matahari menyuluh yg amat. (Waa... melampau btul penggunaan bahasa) Kesian laa jugak dgn budak2.. Tp, nk buat mcm mana. Duduklah ramai2 di bawah kipas yg sebuah tu....=)



Wassalam
Guru Cahaya.






Wednesday, September 2, 2009

Buku Bacaan utk Anak-Anak Cahaya sy....??




Salam bicara...

Tanggal 1 ogos 2009, genaplah setahun aku bergelar guru cahaya( guru pemulihan la tu, but i prefer to use that title). Dalam usia setahun ini, masih banyak lg ruang yg perlu diperbaiki. Pengalaman perlu dicari dan ditimba. Aku akui latihan dan ilmu yg kita pelajari sepanjang di maktab tdk semestinya kita sudah mampu untuk menjadi guru yg terbaik.. Masa dan pengalaman yg mematangkan kita.

Aku pun masih tercari-cari kaedah dan pendekatan yg sesuai utk 'mengubati' murid-murid pemulihan. Utk bahan bacaan di dalam kelas,aku menggunakan Buku Besar Pantas Membaca. Buku Besar Pantas Membaca ini terdiri beberapa siri. Ada Siri 1 hingga 8 mengikut kemampuan murid.Korang bleh rujuk gamba di bawah ini.



Mengapa aku memilih buku ini? Di awalnya, aku berminat dgn buku ini oleh kerana perkataannya agak besar dan sukukatanya diwarnakan dgn warna yg berbeza. Jadi, pada pendapat aku. Mudah la skit anak-anak cahaya aku membacanya.

Mula-mula aku mengajar murid-murid pemulihan, iaitu sekitar Feb-Mac 09. Seramai 10 daripada 15 org murid tahun 2 tdk berapa mengenal huruf abc. Masih tertukar huruf b dan d, m dan n, h dan n, p dan q etc. Salah seorang murid aku, Yusri bila disuruh baca abc. Dapat sebut dan baca a hingga ke z. Tetapi, apabila ditunjuk satu kad huruf. Mulutnya akan terkumat-kamit menyebut huruf a hingga kepada huruf yg ditunjukkan. Nampaknya, dia hanya mengenal huruf abc secara hafalan turutan sahaja. Buku Besar Pantas Membaca ini aku guna sekitar Mei 09. Agak lewat kerana lambat menerima belanjawan pemulihan.

Sewaktu menggunakan buku ini, aku suka melihat reaksi anak-anak cahaya aku. Teruja mereka melihat buku besar sebegitu. Helaian dalam buku tersebut juga agak menarik dan selesa dipegang. Latih tubi sukukata KV agak menarik perhatian aku. Sila rujuk gambar di bawah ini.

Buku Besar Pantas Membaca Siri 2

Seingat aku, selalunya kita hanya memperkenalkan KV dgn

ba....bi......bu.......

dan, kita hanya meminta mereka mengulangi menyebut sehingga pandai tetapi tidak pernah mengubah sukukata seperti di bawah ini :

ba......bi..........bu.........
bi.......bu.........ba.........
bu......ba..........bi.......

atau sebenarnya buku sebegini sudah byk di pasaran cuma aku yg tidak berapa peka ttp
walauapapun aku cuma ingin tekankan disini. Latihan menyebut sukukata KV yg diubah susunan begini dapat merangsang otak murid untuk menyebut bunyi yg betul bg sukukata yg dieja. Maksud aku, selama ini mereka hanya membunyikan ba, bi, bu dr segi hafalan..

Murid-murid aku bila ditunjukkan bi, bu, ba, atau bu,ba,bi.. Bunyinya adalah spt ba... bi... bu...
Mereka hanya menghafal bunyi tersebut dan tidak sedar kedudukan KV sudah berubah. Mula-mula, agak susah utk aku memperbetulkan mereka. Sampai kdg2, menangis anak-anak cahaya aku. Bagi mereka, susah utk mengubah bunyi ba... bi... bu... kepada rentak yg berbeza. Aku masih igt lg Tommy, Wilson, Alexander dan Julia. Menangis diorang.. Tetapi, aku tak putus asa wpun kdg2 penah berasa give-up.. (huhu...=( ) Dalam 2-3 minggu juga aku berusaha mengubah hafalan tersebut.

Dan, aku rasa tak sia-sia jika berjaya membuat mereka membunyikan KV dlm tiga rentak bunyi yg berbeza itu. Sebab kita berjaya 'menyedarkan' mereka dr dunia hafalan itu. Kita buat mereka berfikir sedikit.. Sekarang ini, anak-anak cahaya aku sdg mengikuti pembelajaran Buku Besar Pantas Membaca Siri 5.

Kesimpulan yg aku boleh buat disini, terdapat banyak sekarang buku bacaan utk murid pemulihan.Korang as guru pemulihan boleh survey di kedai-kedai buku berdekatan. Namun, sesuai atau tidak dgn murid-murid pemulihan. Bergantung kpd korang utk mengaplikasikannya.
Antaranya, Bacalah Sayang, Didikku Sayang,etc.


Wassalam,
Guru Cahaya.

Tuesday, September 1, 2009

Lama betul sy tak update yer...?

Salam pembuka bicara...

Salah seorang sahabat bertya kpd aku.. "Tak de cite terbaru ke, cikgu arh?.. Lama btui sy tgk blog ckgu tak ber'update'.. " =)... mmg betul pun.. lama betul aku tidak menjengah ke blog cahaya aku ni.. tak ada cerita ke..? ada.. byk sgt tetapi tak juga update nye..
soalan ; adakah penglipur blog terkena sindrom malas menaip..?? hehe..


ooo.... patutla tak ber'update... rupanya cikgu arh sdg khusyuk baca kamus.. =0.. bila dh siap baca nanti, baru laa blog nye aktif kembali... -sekadar gambar hiasan-

Wednesday, July 15, 2009

Carta Pemulihan Terkini...!!!



Salam buat pelayar blog ini...

Entri yg lepas, aku ada sertakan gambar kelas pemulihan khas aku. Dan , di dalam tu aku ada letak gambar salah satu projek aku iaitu Carta Murid Pemulihan Terbaik. (Ayat salah satu tu bunyinya macam banyak ja projek aku... Hehe.. Insya-Allah, kalau tiada kesulitan. Menyusul la tu nanti esok-esok.)

Setelah seminggu aku guna carta tersebut nampaknya ada perkembangan di kalangan murid-murid. Perkembangan positif dan agak memberangsangkan. Apa yang aku boleh simpulkan semangat persaingan di antara satu sama lain.

Antaranya :

  1. Muris-murid aku sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti atau kerja yang aku minta buat.
  2. Murid-murid yang pemalu dan senyap tiba-tiba ja bercakap dan jd aktif sbb gara-gara nak nama masuk dalam carta
  3. Murid-murid aku tanpa perlu diminta akan membuat semakan sendiri sebelum hantar hasil kerja pada aku. Sebab, aku dah pesan murid-murid iaitu hanya hasil kerja yang betul semua sahaja akan diberi markah. Kalau dulu, asal siap buat ja terus hantar pada aku.
  4. Murid-murid yang sudah ada nama dlm carta akan bersungguh2 untuk P&P seterusnya sbb ingin kutip mata lagi.

Kedudukan carta yg terkini...

  1. Charlize pante- Latihan untuk addition within 100 by regrouping betul semua untuk dua kali berturut-turut.
  2. Asrisham dan Haiqal menang mengeja pertandingan KVKV.
  3. Dickson dan Lyana Banun adalah contoh murid aku yang pendiam. Kalau sebelum ini, dalam kelas senyap saja. Bila suruh buat, buat saja. Bercakap cuma bila aku tanya saja.Sekarang ni, kalau aku mengajar mesti dia pun sibuk nak mengeja n membilang sama-sama dgn kwn.
  4. Ophelia- betul semua untuk addition within 100. Kali pertama aku bg latihan, dia betul 13 daripada 15 soalan. Jadi, aku pesan supaya buat dengan betul2 untuk kali kedua nanti. Dan, jangan lupa semak dahulu.
  5. Dan, tangga ke lapan adalah anak aku.... "Alexander ak Amie.."
Bangga ni... hehe.. Nama dia ada dalam carta ini sebab dia menang utk kuiz addition within 18. Terkejut dan tak sangka aku bahawa dia akan menang sbb persaingan agak sengit. Aku boleh nampak kesungguhan dia...

comel kan budak Alexander ni..? kt kelas, aku panggil Alex.

Wassalam,
Guru Cahaya

Monday, July 6, 2009

Wajah terkini Kelas Cahaya Cemerlang

Assalamualaikum...

Disini aku upload gambar terkini kelas pemulihan aku. Kelas Cahaya Cemerlang. Berubah wajah sedikit kalau nak dibandingkan dengan sebelum ini. Hehe..

Kelas Cahaya Cemerlang...


Wajah-wajah penghias Cahaya Cemerlang 2009



Paparan hasil kerja murid pemulihan...




Rak buku latihan dan buku bacaan pemulihan...

Sudut kanan kelas aku, tersusun kerusi-kerusi coklat. Kerusi yang selalu diguna oleh murid pemulihan.Sebenarnya kelas Cahaya Cemerlang bersaiz sederhana, oleh itu aku telah latih murid-murid supaya mengangkat dan menyusun kerusi masing-masing setelah tamat kelas.

Carta murid terbaik murid pemulihan.

Ini adalah salah satu projek aku dan masih dalam pemerhatian. Berjaya atau tidak belum dapat dipastikan lagi. Carta ini berfungsi untuk mencatat nama murid pemulihan yang menonjol. Galakan supaya mereka bersemangat untuk belajar. Kira bangga la nanti, kalau ada nama tersenarai dalam carta ini. Glamour... hehe

Murid-murid pemulihan tahun dua untuk subjek matematik.

Bila cikgu kata nak snap gamba, semua nak masuk dan teruja. hehe.. Cikgu ah harap kamu jadilah insan yg berguna bila dah besar nanti ekk.. Hmm... kenapa gamba ini kelihatan diambil daripada atas?Agak-agak korang,di mana cikgunya berada sewaktu gambar ini diambil... hehe...

Wassalam
-Guru Cahaya-



















Pertandingan KVKV

Assalamualaikum...

Salam buat pelayar blog ini...

Sepatutnya entry utk tajuk ini aku update minggu lepas lg tp sbb gamba yg akusnap blum diupload dlm laptop lg. So, tergendala seketika. Ok, berbalik pada tajuk kali ini.

Minggu lepas, aku telah mengadakan pertandingan KVKV. Peserta-pesertanya? sudah tentu lah 15 orang murid pemulihan aku. 15 orang murid pemulihan ini bertanding serta bersaing sesama sendiri. Bertanding untuk apa? Nanti, aku nak cerita la ni.

Murid-murid diletakkan secara bulatan. Kira diorang akan menghadap muka kawan-kawan. Seorang murid akan dipilih secara rawak. Dia akan sebut nama kawan dia dan nama perkataan KVKV yg mahu kawan dia eja. Kalau kawan dia berjaya eja, kawan dia akan meneruskan rutin seperti sebelumnya. Kalau salah eja, kira batal dan terkeluar. Jadi, aku tekankan kepada murid-murid aku supaya berfikir dulu sebelum eja. Kenalpasti sukukata yg ingin dieja. Jgn nak eja 'Satu' jadi ' Sati'. Pertandingan ini sebenarnya lebih kepada kalah mati. Tiada peluang kedua untuk masuk balik dalam bulatan. (Bunyinya macam kejam, hehehe. Kesian laa pada murid-murid yang terkeluar awal. Tapi, takpe disinilah peranan guru. Terapkan motivasi dan galakan supaya mereka tidak putus asa dan cuba lagi nanti)

Jadi, pertandingan ini akan diteruskan sehingga bilangan murid 15 orang itu dapat dikecilkan dan hanyalah seorang murid sahaja yang akan jadi pemenangnya.

Dan.... pemenangnya adalah Mohd Haiqal b. Hardi. Murid ini aku rasa dah boleh bagi pingat KVKV. Sebut mana-mana perkataan KVKV. Semua dia dah boleh eja dan tulis. Tahniah2.....!!
Tu dia Haiqal... Senyuman dengan penuh keyakinan dan bercahaya. Cahaya? CAHAYA CEMERLANG. hehehe.

Thursday, June 25, 2009

aku jd cikgu bm 3 tekun??

Salam buat pelayar blog ini..

Bermula minggu ini, aku terpaksa menjadi cikgu bm utk kelas 3 tekun kerana menggantikan cikgu rahuda yg telah selamat berkhidmat di semenanjung. Hmm... aku sebenarnya tidak berapa setuju utk menjadi cikgu bm 3 tekun kerana tugas aku sebenarnya adalah guru pemulihan. Bagaimana pemulihan hendak dijalankan di dalam kelas yg seramai 41 org.. Hmm... tepuk dada tanya selera sndr.. Tetapi, aku terima juga kerana aku bukannya ada kuasa.Lgpun, kalu tak siapa yg akn menjadi cikgu bm 3 tekun??

Jujur aku kata, tumpuan aku pd murid pemulihan dlm 3 tekun tidaklah sampai 100% kerana kekangan jumlah murid yg ramai. Terutamanya Jerum, Jeffry, Aiman, Lina dan Melvin Joe. Mereka ini boleh dikatakan murid kritikal terutama sekali Jerum. Huruf abc pun tidak semua yg dia tahu.. Kesian btui kat diorang. Kalau dulu kat kelas Cahaya Cemerlang, masih sempat aku tgkkan n bg aktiviti. Skang ni, kdg2 xsempat aku nk luangkan masa utk ajar Jerum abc. Dalam kelas dia pun mcm dh bosan n jemu n blajar. Kalau aku khusyuk mengajar n xhiraukan dia. Boleh dia pergi ke blkg kelas n bermain btg ais-krim. Bila aku marah, dtg kembali ke tempat duduk sambil pegang buku cerita. Dan belek serta tgk seperti sdg baca. Padahal huruf pun xtahu...

Tetapi, aku sentiasa yakin bahawa Allah swt itu Maha Mengetahui. Setiap yg diputuskan-Nya pasti ada hikmah yg tersirat. Mudah-mudahan aku masih kuat untuk berdiri dan bertahan..

Wednesday, June 17, 2009

bal....di... is the pronunciation for the letter 'd'??

Lama sudah rasanya aku tidak menulis di dalam blog ni.. Last adalah sebelum cuti baru-baru ini. Kat kg aku, xde internet. Aku pun belum berkesempatan membeli dan memiliki celcom broadband. Insya-Allah, akan aku cuba usahakan.

Kali ini, aku ingin menulis cerita mengenai salah seorang anak angkat aku. Jerum. Hari pertama untuk penggal 2 ini, dia datang ke sekolah dengan rambut yg tersisir rapi. Aku cuma tersenyum melihat dia. Selalu berserabai ataupun rambutnya basah. Aku puji dia depan kawan-kawannya. Hari seterusnya aku lihat rambutnya sudah kemas. Satu perubahan yg positif mengenai penampilannya. Tp, satu yg aku xpuas hati adalah seluar sekolahnya yg panjang. Ingin saja aku ambil gunting dan potong saja lebihan seluarnya. Tp nanti mak dia cari aku kat sekolah pulak.. hehehe. Mengapa aku pentingkan penampilan? Aku suka penampilan yg kemas sbb dr situ keyakinan akan terbina. Sejauh mana keyakinan? Sejauh dia percaya pada kebolehan diri sendirinya.

Minggu ni aku ajar huruf abcde pd Jerum. Hurud d dan e slalu xigt. Aku sebenarnya belum pakar lg dlm bidang pemulihan ini. Masih tercari-cari kaedah yg terbaik utk ajar murid-murid aku. Setakat ini, aku cuma melakukan kaedah yg mak aku pernah ajar abc pd adik beradik aku. Oooo... My mum is the best teacher in my life.

Mak aku menggunakan sinonim benda sekeliling atau perkataan untuk memperkenalkan huruf. Contohnya baldi untuk sebutan d. Aku cuba gunakan kaedah itu kerana Jerum slalu xigt huruf d. Pertama kalinya, aku tunjuk huruf d dan minta dia sebut huruf itu. Dia sebut huruf itu adalah 'baldi'. Hmm...salah pemahaman budak ini. Aku bersabar mungkin masih baru lg. Aku tidak putus asa dan tetap guna kaedah itu. Matlamat aku cuma satu supaya Jerum tahu bunyi sukukata kedua itu adalah huruf d. Hari kedua, aku tunjuk huruf d. Dia cuma senyap dan seperti sdg berfikir atau mengingati. Aku sebut 'baldi' . Dia senyap juga. Sebenarnya aku risau. Aku takut dia sebut huruf itu adalah baldi lagi. Lama juga, barulah dia sebut huruf itu adalah huruf d. Alhamdulillah, berjaya juga.

Hari ini, 17 jun 2009. Aku tanya dia sekali lagi sambil tunjuk huruf d. Lambat sedikit tetapi dia sebut huruf 'd' tanpa perlu lagi aku mengingatkan dia dgn perkataan baldi seperti kelmarin. Alhamdulillah...

Tuesday, May 26, 2009

Program Anak Angkat



Baru-baru ini, sek aku sk lutong telah mengadakan program anak angkat(I Can Read). Murid-murid yang lemah dalam membaca akan diangkat oleh setiap guru. Aku telah menawarkan diri untuk mengambil 4 orang murid menjadi anak angkat aku iaitu 2 orang setiap tahun 2 dan 3.

Cikgu-cikgu lain semua terkejut sebab rata-rata cuma dapat seorang atau 2 orang. Cuma ada sesetengah cikgu dapat 3 orang contohnya Cikgu Esther dan Cikgu Una.Aku nak tunjuk pandai ke ambil sampai 4 orang? Berlagakkah aku? Tak, ingin aku jelaskan disini sesungguhnya aku bukannya nak tunjuk pandai atau berlagak. 4 orang murid ini adalah murid yang paling lemah dalam kelas aku iaitu 2 orang bagi setiap tahun 2 dan 3. Oleh kerana mereka paling lemah, aku sangat mengambil berat mengenai mereka. Walaupun aku selalu marah mereka tetapi jauh di sudut hati aku mahu mereka menjadi seperti murid-murid yang lain. Aku 'care' mereka dan aku percaya dengan mereka.

Dalam 4 orang itu, Jerum lah yang paling mencabar. Tak mengenal sangat huruf abc. Tulisan tak perlu cerita dan matematik pun agak lemah. Bila aku suruh dia buat 5 fingers, mulut dia mesti terkumat-kamit bilang sampai 5 dan barulah tunjukkan pada aku 5 fingers.Memang dialah yg paling lemah. Badannya agak besar dan kuat juga membuli kawan-kawannya yg lain. Jefry sudah menunjukkan peningkatan dan minat ingin belajar. Kalau dulu, tanya mengenai nombor. Nombor 6 dan 9 selalu tertukar. Nombor 2,7 dan 9 pula selalu terbalik. Addition pun dah pandai sket.

Wilson Benis murid yang baru bertukar ke sekolah aku. Mula-mula dulu tidak mengenal abc. Dunia abcnya hanya pada huruf d sahaja. Nombor pun terbalik. Alexander pula bila ditanya mengeja bola, baju ke. Ejaan k-a-k-i saja yg disebutnya.

Untuk anak angkatku ini, aku tak letakkan sasaran yang terlalu tinggi cuma jika mereka berjaya. Alhamdulillah.

SASARAN PERTAMA :

  • Mengenal huruf abc, ABC serta dapat menulis huruf dgn baik
  • Knows the numbers 1-10, writes the numerals

SASARAN KEDUA :
  • Mengeja sukukata KV, KVKV
  • Knows the ascending and descending orders (1-10)
  • Addition and subtraction within 10

SASARAN KETIGA :
  • Mengeja perkataan KVK, VKVK
  • Knows the numbers 11-20, writes the numerals
  • Knows the ascending and descending orders (1-20)
  • Addition and subtraction within 18

SASARAN KEEMPAT :
  • Mengeja perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK
  • Knows the numbers 21-50, writes the numerals
  • Addition within 5o without regrouping
  • Addition with three numbers
  • Addition within 50 by regrouping
  • Subtraction within 50 without regrouping
  • Subtraction within 50 by regrouping

Sunday, May 24, 2009

Murid-Murid Cahaya Cemerlang


Bahasa Melayu Tahun 2 Tekun

  1. Alexander ak Amie
  2. Danny Chan Hua Shun
  3. Jackson Tommy ak Samat
  4. Julia Sengau ak Muching
  5. Lyana Banun ak Tugang
  6. Maxson ak Riji
  7. Mohamad Asrisham b. Mansor
  8. Mohd. Haiqal b. Hardi
  9. Mohd. Yusri Abdullah
  10. Nur Shafizan bt. Aziz
  11. Prila Tasha ak Biju
  12. Richmund Nuri ak Bon
  13. Rodson Anji ak Bejay
  14. Steve Austin ak Banan
  15. Wilson Benis

Mathematics Year 2 Tekun

  1. Alexander ak Amie
  2. Arnold ak Addison Ah Jui
  3. Dickson Emparan ak Briyin
  4. Febrian Juthy ak Setepan
  5. Jackson Tommy ak Samat
  6. Julia Sengau ak Muching
  7. Lyana Banun ak Tugang
  8. Maxson ak Riji
  9. Mohamad Asrisham b. Mansor
  10. Monita Bandai ak Anderson Lanchang
  11. Nur Shafizan bt. Aziz
  12. Rodson Anji ak Bejay
  13. Shely ak Amie
  14. Shirleyna ak Urie
  15. Wilson ak Benis


Mathematics Year 2 Amanah

  1. Abdul Airiel Syadhamier b. Abd. Hadi
  2. Abdul Aziz b. Omar
  3. Dominic ak Aking
  4. Jeffrey ak Asan
  5. Sharlene Nini ak Laga

Bahasa Melayu Tahun 3 Tekun

  1. Brine ak Randi
  2. Bucyrus Natural ak Jiram
  3. Centia ak Banyang
  4. Harrison ak Hitler
  5. Jeffry Imba ak Bejay
  6. Jerum Lawai Epoi
  7. Lina ak Belanda
  8. Melvin Joe ak Remo
  9. Mike Edmondson ak Jemat
  10. Mohammad Aiman Arif b. Japar
  11. Shafina ak Philip
  12. Wendy Salut

Mathematics Year 3 Tekun

  1. Anis ak Mulok
  2. Centia ak Banyang
  3. Charlize Pante ak Alo
  4. Donal ak Layau
  5. Jeffry Imba ak Bejay
  6. Jerum Lawai Epoi
  7. Melvin Joe ak Remo
  8. Mohamad Aiman Arif b. Japar
  9. Ophelia Sena ak Mawin
  10. Vanessa Christie ak Danggat
  11. Wendy Salut
  12. Zul Azrie b. Solihin








Kelas Cahaya Cemerlang...

Assalamualaikum...
Aku pun sebenarnya tak berapa pasti bilakah tarikh rasmi Kelas Cahaya Cemerlang dibuka. Cuma seingat aku, seminggu atau 2 minggu selepas cuti sekolah bulan Mac itu. GB aku, Cikgu Mat
hew beritahu aku bahawa kelas pemulihan sudah siap cuma tggu perlu dibersih dan dikemas. Alhamdulillah, segala penantian aku berbaloi juga. Sebelum ini, GB kata bahawa kelas maju (nama lama kelas pemulihan masa tu) tiada untuk bangunan sekolah sementara. Kelas pemulihan akan dijalankan di dalam kelas masing-masing. Kira ada dua orang guru dalam satu kelas.

Tuhan saja tahu betapa susahnya aku pada masa itu. Bila masuk mengajar, 5 minit pertama kena buat kerahan murid-murid susun meja dan kerusi kat ruang belakang kelas. Kalau murid dalam 15 orang, 10 meja akan diangkat dan disusun bertentangan. Murid-murid pun duduk rapat-rapat saja. Itu cerita pasal kemudahan belajar, alat bantu mengajar perlu dibawa ke hulu ke hilir. Dan lawaknya, murid-murid aku dah tahu tempat aku dalam bilik guru. Sebab selalunya aku akan suruh mereka pergi ambilkan fail kerja atau buku latihan masing-masing. Bawah meja aku, tak perlu cerita. Berkotak-kotak dengan alat bantu mengajar, latihan, ujian diagnostik, ujian saringan, fail murid dan sebagainya.Mula-mula aku mengajar dulu, pakai modal air liur dan abm saja. Susah juga bila sampai satu peringkat, perlu lukis dan terangkan pada murid-murid sebab aku tiada whiteboard. Nasib baik, Kak Sherry tawarkan whiteboard. Saiznya sederhana dan tidaklah terlalu kecil. Syukran Kak Sherry Jasmine.

Akhirnya, dapat juga aku kelas pemulihan sendiri dengan nama yang ku beri Cahaya Cemerlang. Terima kasih En. Mathew. Maka, bermulalah episod aku di situ bersama murid-murid pemulihan aku.

Kelas Cahaya Cemerlang di awal pembukaan...



Thursday, May 21, 2009

Langkah pertama aku..

Assalamualaikum...

Aku adalah seorang guru cahaya. (guru pemulihan la tu). Guru yang akan dan berusaha memberi sinar dan cahaya kepada murid-murid yang dalam kegelapan ilmu.. Insya-Allah, mudah-mudahan Allah s.w.t memberkati usaha dan sentiasa memberi kekuatan di saat jatuh bangunku.

Blog ini aku beri nama Blog Cahaya Cemerlang bersempena kelas pemulihan khas aku. Ini merupakan blog pertama aku. Sebelum ini, ada terlintas untuk buat blog sendiri tetapi bila difikir balik. Tak tahu pula nak cerita apa dalam ini. Dengan adanya blog ini, akanku ceritakan perjalanan dan perkembangan kelas Cahaya Cemerlang bersama murid-muridnya. Insya-Allah, aku tak janji akan sentiasa up-date blog ini namun aku akan berusaha mencuri sedikit masa untuk mengemaskini blog aku ini dari semasa ke semasa.

Oleh kerana ini merupakan blog pertama aku, langkah pertama aku. Maka, aku harap sebarang kekurangan dan kelemahan aku dapat diterima.Insya-Allah, nanti aku cuba study berkenaan blog supaya bertambah menarik kelak. Sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yg buruk itu adalah diri aku sendiri. Aku mengalu-alukan sebarang komen yang membina. Selamat melayari dan mengikuti blog Kelas Cahaya Cemerlang.Salam.