BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 24, 2009

Kelas Cahaya Cemerlang...

Assalamualaikum...
Aku pun sebenarnya tak berapa pasti bilakah tarikh rasmi Kelas Cahaya Cemerlang dibuka. Cuma seingat aku, seminggu atau 2 minggu selepas cuti sekolah bulan Mac itu. GB aku, Cikgu Mat
hew beritahu aku bahawa kelas pemulihan sudah siap cuma tggu perlu dibersih dan dikemas. Alhamdulillah, segala penantian aku berbaloi juga. Sebelum ini, GB kata bahawa kelas maju (nama lama kelas pemulihan masa tu) tiada untuk bangunan sekolah sementara. Kelas pemulihan akan dijalankan di dalam kelas masing-masing. Kira ada dua orang guru dalam satu kelas.

Tuhan saja tahu betapa susahnya aku pada masa itu. Bila masuk mengajar, 5 minit pertama kena buat kerahan murid-murid susun meja dan kerusi kat ruang belakang kelas. Kalau murid dalam 15 orang, 10 meja akan diangkat dan disusun bertentangan. Murid-murid pun duduk rapat-rapat saja. Itu cerita pasal kemudahan belajar, alat bantu mengajar perlu dibawa ke hulu ke hilir. Dan lawaknya, murid-murid aku dah tahu tempat aku dalam bilik guru. Sebab selalunya aku akan suruh mereka pergi ambilkan fail kerja atau buku latihan masing-masing. Bawah meja aku, tak perlu cerita. Berkotak-kotak dengan alat bantu mengajar, latihan, ujian diagnostik, ujian saringan, fail murid dan sebagainya.Mula-mula aku mengajar dulu, pakai modal air liur dan abm saja. Susah juga bila sampai satu peringkat, perlu lukis dan terangkan pada murid-murid sebab aku tiada whiteboard. Nasib baik, Kak Sherry tawarkan whiteboard. Saiznya sederhana dan tidaklah terlalu kecil. Syukran Kak Sherry Jasmine.

Akhirnya, dapat juga aku kelas pemulihan sendiri dengan nama yang ku beri Cahaya Cemerlang. Terima kasih En. Mathew. Maka, bermulalah episod aku di situ bersama murid-murid pemulihan aku.

Kelas Cahaya Cemerlang di awal pembukaan...



0 comments: