Baru-baru ini, sek aku sk lutong telah mengadakan program anak angkat(I Can Read). Murid-murid yang lemah dalam membaca akan diangkat oleh setiap guru. Aku telah menawarkan diri untuk mengambil 4 orang murid menjadi anak angkat aku iaitu 2 orang setiap tahun 2 dan 3.
Cikgu-cikgu lain semua terkejut sebab rata-rata cuma dapat seorang atau 2 orang. Cuma ada sesetengah cikgu dapat 3 orang contohnya Cikgu Esther dan Cikgu Una.Aku nak tunjuk pandai ke ambil sampai 4 orang? Berlagakkah aku? Tak, ingin aku jelaskan disini sesungguhnya aku bukannya nak tunjuk pandai atau berlagak. 4 orang murid ini adalah murid yang paling lemah dalam kelas aku iaitu 2 orang bagi setiap tahun 2 dan 3. Oleh kerana mereka paling lemah, aku sangat mengambil berat mengenai mereka. Walaupun aku selalu marah mereka tetapi jauh di sudut hati aku mahu mereka menjadi seperti murid-murid yang lain. Aku 'care' mereka dan aku percaya dengan mereka.
Dalam 4 orang itu, Jerum lah yang paling mencabar. Tak mengenal sangat huruf abc. Tulisan tak perlu cerita dan matematik pun agak lemah. Bila aku suruh dia buat 5 fingers, mulut dia mesti terkumat-kamit bilang sampai 5 dan barulah tunjukkan pada aku 5 fingers.Memang dialah yg paling lemah. Badannya agak besar dan kuat juga membuli kawan-kawannya yg lain. Jefry sudah menunjukkan peningkatan dan minat ingin belajar. Kalau dulu, tanya mengenai nombor. Nombor 6 dan 9 selalu tertukar. Nombor 2,7 dan 9 pula selalu terbalik. Addition pun dah pandai sket.
Wilson Benis murid yang baru bertukar ke sekolah aku. Mula-mula dulu tidak mengenal abc. Dunia abcnya hanya pada huruf d sahaja. Nombor pun terbalik. Alexander pula bila ditanya mengeja bola, baju ke. Ejaan k-a-k-i saja yg disebutnya.
Untuk anak angkatku ini, aku tak letakkan sasaran yang terlalu tinggi cuma jika mereka berjaya. Alhamdulillah.
SASARAN PERTAMA :
- Mengenal huruf abc, ABC serta dapat menulis huruf dgn baik
- Knows the numbers 1-10, writes the numerals
SASARAN KEDUA :
- Mengeja sukukata KV, KVKV
- Knows the ascending and descending orders (1-10)
- Addition and subtraction within 10
SASARAN KETIGA :
- Mengeja perkataan KVK, VKVK
- Knows the numbers 11-20, writes the numerals
- Knows the ascending and descending orders (1-20)
- Addition and subtraction within 18
SASARAN KEEMPAT :
- Mengeja perkataan KVKVK, KVKKV, KVKKVK
- Knows the numbers 21-50, writes the numerals
- Addition within 5o without regrouping
- Addition with three numbers
- Addition within 50 by regrouping
- Subtraction within 50 without regrouping
- Subtraction within 50 by regrouping
1 comments:
Hai cikgu...sy hana sy mencari ank saudara sy telah terpisah selama 13 thn.alamat terakhirnya di lutong..cikgu..sy mohon jasa baik cikgu klau2 ada nma murid tahun 3 hingga 5 yg bernama muhammad zulhilmi zulkaria.ibu dia kakak sy.sy tinggal di semenanjung.sy harap cikgu boleh tolobg carikan ..ni no telefon saya.012 7207794 nama sy rihana.sy xtahu cara apa lg untk mencari kakak dan anak saudara sy ini.terima kaseh cikgu
Post a Comment