Salam..
Ni aku kasi korang layan gamba sek aku jap..
our temporary building or rumah sardin.
kecik n padat.
xbyk space utk kita org wt aktiviti utk murid2.
kt ctu gerko,
kt ctu mesyuarat,
kt ctu jamuan
kt ctu la segala benda mak nenek xtvt kitaorg buat.
but, we enjoy...
see...
laluan jalan kaki.
cuma muat dua barisan murid.
klu time tu jln nk g hjg.
time tu budak tahap 2 nk balik.
time tu budak tahap 1 nk msuk.
mmg agak sesak..
bau xyah citer..
dl, rasa cam nk pengsan.
kenapa aku tunjuk korang gamba ni???
ade bpe ari lg nk cuti sek hjg thn.
pejam celik pejam celik.
bakal masuk 2011..
tau tak apa yg bakal menanti...???
kitaorg xsabar2 dh nk msuk sek baru...
nk tgk tak???
jeng...jeng...jeng....
gamba sedut dr fb sek..hehe...
muka depan.
terus rasa bangga.
sek sapa laa ni.
unggul dan menawan sekali...
bilik guru.
besar n luas baban.
bleh wt main bola dlm ni..
gamba kelas cahaya aku??
tunggu thn depan....
saja nk kasi korang suspen..hehe..
Wassalam,
Cikgu Ah a.k.a Cikgu Cahaya
Saturday, October 30, 2010
Sek sapa ni...wewiiit...
Posted by Cikgu Ah at 1:25 AM 2 comments
Thursday, August 26, 2010
Dua beranak dijumpai mati dalam kereta..............
Salam,
Sekadar berkongsi kejadian yang berlaku pada hari selasa-24 Ogos 2010-10 pagi.
Sumber :Sarawakupdate.com
MIRI — Dua beranak dijumpai mati dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang enjinnya masih hidup di Jalan Piasau, kira-kira jam 10 pagi hari ini.
Wanita itu dikenali sebagai Sallyvroni Lahung Wan, 37 dan seorang anak lelakinya dalam lingkungan sembilan tahun.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jamaluddin Ibrahim ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, semasa kedua-dua mayat itu ditemui, enjin kereta berkenaan masih hidup sementara kereta tersebut pintu terkunci dari bahagian dalam.
“Mayat kedua-duanya ditemui oleh orang awam manakala ketika ditemui, enjin kereta berkenaan masih dalam keadaan hidup,” kata Jamaluddin
Mengulas lanjut, pintu kenderaan terbabit pula terkunci dari bahagian dalam dan pihak polis terpaksa membuka pintu berkenaan secara paksa untuk siasatan.
“Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati secara mengejut,” katanya sambil menambah punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.
*******kanak-kanak malang tu mmg bukan murid cahaya aku dan aku tak pernah ajar dia... tetapi, aku kenal sgt dia. Aku selalu marah dia sbb dia berebut-rebut n tolak kawan masa ambil makanan RMT.Hmmm....macam baru semalam tengok dia.. kasihan.....***********************
Posted by Cikgu Ah at 12:14 AM 1 comments
Tuesday, August 24, 2010
Pengalaman Berharga
Salam,
Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca blog ini. Hari ini masuk ke 14 kita berpuasa.cepat masa berlalu.tak lama lg kita semua umat islam akan menyambut hari lebaran.
Hari ini aku nak citer pasal pengalaman ajar budak2 iban n melayu sarawak.mmg lawak sbb aku kan dr semenanjung mana la terbiasa n tau sgt pasal loghat diorang.
SITUASI 1
Satu hari, aku suruh budak2 cahaya aku colour gamba yg diorang lukis. ade satu budak tu dtg nangis2 kat aku sbb dia xbawa kaler n kwn dia lak xkasi. So, aku pun g la cakap leklok dgn bdk tu supaya bg pinjam kaler.Sekali budak tu g jawab.
"Cikgu, mamak saya sik suruh."
Pelik kan bunyi nye. tp sebenarnya maksud bdk tu mak saya tak kasi.. hehehe
SITUASI 2
Aku tengah tulis kat whiteboard n minta diorang salin dlm buku.tiba2 ade seorang bdk tu...
"Cikgu, saya sik tengok"
Yg lawaknye aku g jawab...
"Tengoklah...."
"Tak tengok saya cikgu."
Bersungguh bdk tu cakap kat aku.then, aku pun pikir balik maksud dia.oo, dia nak cakap kt aku dia tak nampak rupanya... hehehe
SITUASI 3
Tgh ajar pasal konsonan bergading yg 'ng' tu. aku tunjuk laa gamba kucing ade beberapa org budak cakap pusak.ok, fine.secara tak langsung aku dh belajar bahasa diorang.so, aku betulkan balik diorang kita panggil dlm bm kucing bukan pusak. Tunjuk gamba anjing, asuk pula diorang kata.ok, cikgu ah belajar lagi..hehe.betulkan lagi.
hari yg lain, aku tunjuk gamba kapal terbang.yg ni satu kelas menjerit..
"Belon, cikgu...!!"
Hehehe...
SITUASI 4
Yg ni berlaku masa awal thn aku mengajar. aku d minta jd cikgu ganti.
"Cikgu, saya nak kemih"
"Hmm.. kemih apa tu?"
budak tu cam blur n xtau nk explain aku apa perkataan bm.lama dia dok pikir last2,
aku tya kwn dia kt depan, kemih tu apa. sekali kwn dia cakap kencing.
Terus ja aku kasi kebenaran, berdessup budak tu lari.agaknya lama dah tahan..
kesian, cikgu ah mana tau..hehehe
SITUASI 5
time tgh wat latihan, ade budak yg jenis kaki ngadu n repot ni dtg aku.
"Cikgu, dia tikam saya."
Ok, bunyi nya sgt dahsyat mcm ko akan mati jap lagi tp sebenarnya maksud bdk tu kwn dia baling pemadam kt dia.hehehe
Sebenarnya, byk lg nk share tp yg ni je terlintas kt kepala aku.nti bile2 klu igt aku cite lg.
Dulu, sedih gak kenapa laa aku tercampak jauh sgt kena ajar kat sarawak. mcm best ja kwn2 dpt ajar kt semenanjug. skang, rasa cam seronok sbb dpt belajar sket2 pasal culture n kehidupan seharian diorang.dan ianya suatu Pengalaman Yang Amat Berharga utk Cikgu Ah kutip n simpan buat selama-lamanya dlm diari seorang guru....!!!!
Wassalam,
Cikgu Ah a.k.a Cikgu Cahaya
Posted by Cikgu Ah at 6:47 AM 2 comments
Saturday, August 7, 2010
Si Comelku...
Salam,
Selalu org kata yg masuk pemulihan tu mesti yg bermasalah pembelajaran n sikap.Mmg,xdpt nafikan pun.
Satu lg, murid pemulihan ni jenis murid yg comot2 n xpandai jaga kebersihan diri n pakaian.kuku panjang.rambut kusut masai n baju kusam xbasuh berapa hari.yg ni pun aku xnafikan jugak tp xleh la kata semua murid pemulihan mcm tu.ade juga ibubapa yg jenis jaga n amik berat anak mereka.
Anak murid cahaya aku..?? dh nama pun 15 org.mcm2 laa peel mereka. ade yg bersih wangi harum n comot busuk.Paling aku xsuke bile hari hujan, bahagian blkg sekolah akan banjir.sbb tanah kt situ jd rendah bile jentera asik dok sodok jaa.so, mana2 murid yg nk g kelas cahaya mesti harung n sambil main2 selam kaki dulu sblum masuk kelas aku.( ni, diorang main kalu aku xtggu kt depan pintu.klu aku ade, mau diorang berani main.hehehe)
Bile dh main selam kaki mcm tu, kasut sekolah basah.stokin basah n masuk kelas aku dgn bau masam2 gitu..xsuke2.. sbb tu aku dh standby febreze utk nyahbau masam2 itu.. hehe..
Tapi, entry aku kali ini bukan nk citer pasal stokin busuk.aku yg g melalut dr tajuk asal. ni sile maafkan cikgu ah.tabiat suke bercakap n mengarang apa yg terlintas dlm kepala. hehehe.
Namun, wpun org kata anak cahaya aku comot.di mata aku mereka tetap comel. Wpun ade yg nakal, tp bg aku.mereka masih dgr lg kata aku.
So, utk tatapan korang yg masih sudi jenguk blog aku wpun silent reader.aku hargai ok.
Dipersembahkan...
Murid Cahaya Lelaki Paling Comel jatuh kepada..........
...............
................
Roland Mawar, 3 Amanah
Comel kan.Bile senyum, selalu wt simpul2 mulut cam tu..;)
Sikap positif yg aku nampak dlm diri Roland adalah dia murid yg rajin berusaha. Dia ni baru pindah sekolah awal thn baru ni. Mule2 aku pegang dia dulu, KVKV pun xlepas. ni la contoh murid aku yg eja betui tp sebut salah. Sbb dia rajin dia dh pandai baca yg panjang2 skang.
Sikap negatif dia pulak dia xde keyakinan diri. Bile buat sesuatu mesti tya aku. Even eja dh btui mesti tya jugak."Eh, btul tak cikgu?"Wpun, dh dinasihat byk kali mcm tu laa jugak. Kalu kwn2 baca laju2 dr dia.dia dh ilang keyakinan n cepat down.Pahtu, wat muka panik2 yg comel nye itu.hehe..
Ok, Kategori seterusnya adalah
Murid Cahaya Perempuan Paling Comel....
........
.........
Natasha Nadia, 1 Tekun.
Kiut miut btui dia dgn mata bundar hitam itu.Suara kecik2 n halus jaa.
"Cikgu, salin ke?"
"Cikgu, warna ke?"
"Cikgu,saya xde kaler...."
Ayat famous dia.hehe.Sikap positif, dgr kata. Dia ni xmengenal nombor 4,5,6,8. Aku selalu suruh dia ulang baca nombor.Dia pun ulang baca sampai berapa kali tanpa jemu n bosan. mmg dgr kata budak ni. Sikap negatif, pelupa. Lupa bawa kaler.lupa bawa pensel.lupa bawa buku. N dtg bgtau kt aku dgn muka dia yg innocent n suci murni itu.. harus laa comel..hehe..
Bile dah ajar budak comel, aku pun tumpang sekaki kecomelan mereka.
hahahahaha.......
Wassalam,
Cikgu ah a.k.a Cikgu Cahaya
Posted by Cikgu Ah at 9:25 PM 2 comments
Thursday, August 5, 2010
Eja Betul Tapi Salah Sebut
Salam,
Rujuk entry Cikgu Haidi
Sebagai guru pemulihan, korang mesti penah menghadapi anak murid yg eja sudah betul dgn penuh bergaya tapi bile sebut perkataan hancur ke laut..hehehe..
Contohnya, eja bumi jadi mimi or mamat jadi matmat n etc.
Aku sokong kaedah yg Cikgu Haidi syorkan.Kaedah eja secara berulang-ulang. Aku pun ada pratikkan pd murid cahaya aku.Contohnya kayu
Murid normal mengeja
k..a... ka y...u... yu
Murid cahaya yg lemah mengeja
k... a... ka ka y...u... yu
Perasan tak perbezaan keduanya adalah suku kata awal diberi penekanan iaitu bunyi sebanyak dua kali.peringatan kpd otak mereka.Mula2 pratik cara ni, mungkin murid xkan dpt lg. tapi, Insya-Allah lama2 nanti murid akan dpt tangkap bunyi n batangkan perkataan yg betul. Alhamdulillah, aku dh wat mcm ni pd murid cahaya aku. Diorang dpt eja n sebut dgn jayanya.
namun, aku rasa guru pemulihan kena pantau perkembangan murid dr semasa ke semasa. Sebab aku takut nti diorang eja jd kakayu pulak.hehehe. Setakat ini, murid cahaya aku masih ok n tak de lg jd masalah mcm tu.
Wassalam,
Cikgu Ah a.k.a Cikgu Cahaya
Posted by Cikgu Ah at 12:12 AM 2 comments
Sunday, July 25, 2010
Laskar Pelangi...!!!
Salam,
Korang dah pernah tgk filem Laskar Pelangi.. Actually, filem ni dh lama kuar tahun 2008 gitu. Tapi, aku baru nk kecoh2 kt sini sbb aku baru berkesempatan tgk kat astro kirana.. hehe.. dah lama nk tgk tau bile dh start tayang kt astro terus berdesup ngadap kt depan tv..
Best btui cite ni. Filem yg diangkat dr novel. Kisah perjuangan 10 anak miskin belajar di sebuah sekolah kecil yg penuh kedaifan.. 10 anak tu ada 10 jenis personaliti. Tp, yg plg aku kagum adalah watak Lintang. Ko bayangkanlah setiap hari nk g sekolah kena ngadap sang buaya dulu.. diulang BUAYA.. aku sgt respek ngan ayah Lintang. Wpun diorang sgt miskin, tp ayah dia sgt pentingkan pelajaran tp syg Lintang xdpt meneruskan pelajaran selepas kematian ayah dia sbb dia anak yg paling tua n ibunya juga sudah lama meninggal. Aku tgk filem ni sambil nangis2..sob..sob..sob.. (Tp, cikgu Ah mmg jiwa sentimental.Xbleh tgk citer sedih mesti nangis..!)
Jadi, pada siapa yg belum tgk. aku mg syorkan. specially utk golongan guru yg dok kt pendalaman. sedutan filem laskar pelangi ..;)
Bile tgk filem laskar pelangi, terus feelin meeling teringat kt anak2 cahaya.. Iye, anak2 cahaya aku semua dtg dr latarbelakang keluarga miskin n ibubapa buta huruf... sedih.. Itu tak dikira lg keluarga bermasalah seperti ibubapa selalu mabuk. ade seorang anak cahaya aku tak dtg sekolah, bile aku tya esok hari.....
Cikgu Ah :Kenapa kamu tidak datang sekolah?
Murid : Mak saya tidak dapat hantar saya.
Cikgu Ah : Kenapa?
Murid :Ayah saya mabuk.
Cikgu Ah : Hmm??
Aku terkedu sekejap, xtau nk komen apa. Bile dia lihat aku senyap ja, budak tu tanpa dminta terus buka cite lg.
Murid : Cikgu, bile ayah saya mabuk. Dia selalu pukul mak saya.
Cikgu Ah : Ayah kamu ada pukul kamu?
Murid :Tak, sbb bile ayah saya mabuk. Mak selalu suruh saya sembunyi dalam bilik.
Cikgu Ah : Huhuhu...sedih.... (Hati menangis)
Sedih. sgt sedih. Dulu kecil2 selalu dok tgk Kisah Benar kt tv3. Tak sangka cite mcm ni mmg ade berlaku di dunia realiti. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada anak cahaya aku ni utk terus belajar.. amin...
Wassalam,
Cikgu Ah a.k.a Cikgu Cahaya
Posted by Cikgu Ah at 7:35 PM 2 comments
Tuesday, July 20, 2010
Bile jd cikgu pemulihan...
Salam..
Ade org kata jd cikgu Pemulihan ni senang je.. relaks memanjang. ajar benda yg sama hari2, tak mencabar n macam2 laa..
Btui ke relaks..??
Wpun aku nye jadual mengajar 32 seminggu tp kenapa aku rase mcm xcukup masa nk rehat. time mengajar, aku mengajar. Time xde kelas, kena update file, siapkan abm n check lembaran kerja n buku latihan diorang..btui, aku jarang muncul d bilik guru.tambah2 kelas cahaya aku d hujung dunia..
Btui ke senang..??
Wpun diakui silibus pengajaran mmg senang mcm mkn kacang tp adakah ianya senang utk dihadam bg budak2 yg lemah n lambat nk terima. Iyer, mmg senang sbb ajar abc pahtu 123 tp kalu dpt budak yg lemah tegar.ko ajar byk kali, pahtu esok tya xigt pulak huruf.. tidak ke itu bermaksud susah yg amat. terpaksa laa cikgu pecah otak sket pikir kaedah apakah yg sesuai agak anak murid tu dpt mengenal huruf spt kwn2 nye yg lain.. awal bln 4 ari tu,aku dpt 2 org murid baru pindah dr Bintulu. Darjah dua tp xmengenal abc.aku rase dekat 3 bln dok pulun baru dpt.mcm2 cara aku guna. cara plg kejam, aku ugut budak tu kata nk tinggal dia kt prasekolah.nangis2 bdk tu sambil pegang pintu kelas cahaya.. hehe..aku bg kad abc.abm aku buat special untuk dia.konon suh dia baca kt umah.dtg sekolah pahtu, sudah lebur n lunyai kulat hitam.. adusss, parah jiwa..bile tya adik dia
"Abang kamu baca abc x kt umah?"
"Dia main ngan manuk, cikgu"
manuk = ayam.
hmm, senang ke jd cikgu pemulihan?
Btui ke xmencabar...??
Tak mencabar la kot sbb bukan ajar budak upsr. GB pun tak cari bile result upsr jatuh dr target sekolah..Tp, ade dgr NKRA? LINUS? hmm, benda tu laa yg rasa dok berat je kt blkg cikgu pemulihan skang.. yg ni lain tempat, mungkin lain sket cara perlaksanaannye kot. aku pun dok sure.Dok sembang2 ngan member kt Bekenu,lain cara diorang handle Linus.
Kalu di Miri skang, Guru Pemulihan adalah PENERAJU LINUS.. diulang PENERAJU yer, bukan ajk n ahli tidur.Aku pun dh start amik budak linus tegar bm n math skang. pegawai dtg ari tu mintak spy p&p dilaksanakan mengikut modul yg telah disediakan. diorang juga pesan spy bilangan linus tegar dpt dikurangkan menjelang hjg thn ni.. huhuhuhu.. sek aku, linus tegar bm 42 org, math 20 org..mampu ke x ni.. insya-Allah..
Aku rase semua kerja cikgu adalah sama berat. Jd guru kelas pun busy, jd guru panitia pun busy,guru library, guru sukan n etc.Mungkin korang nampak diorang relaks, tp penahkah korang bersama dgn diorang di saat kesusahan. Yg ni aku ckp umum,xmerujuk pd pemulihan saja.. Kita nampak kelebihan diorang tp cuba lihat pulak kekurangan diorang.
Ade yg susah, ade yg senang tp semua jln menuju ke arah menjadi cikgu yg komitmen.. marilah kita sama2 usahakan utk anak murid kita...Jgn kerana perasaan dengki n tidak puas hati sesama kite, anak murid xdpt mengecap erti n nikmat sebuah ILMU....;)
akhir kata, cuci mata dgn gamba bdk thn 1-linus bm... rajin2 diorg ni.. tekun jaa wt keja.baguih, aku harap diorang maintain perangai mcm ni sampai hjg thn spy senang sket keja aku.. hehehe
Posted by Cikgu Ah at 12:12 AM 2 comments