BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 26, 2010

Dua beranak dijumpai mati dalam kereta..............

Salam,

Sekadar berkongsi kejadian yang berlaku pada hari selasa-24 Ogos 2010-10 pagi.

Sumber :Sarawakupdate.com

MIRI — Dua beranak dijumpai mati dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang enjinnya masih hidup di Jalan Piasau, kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Wanita itu dikenali sebagai Sallyvroni Lahung Wan, 37 dan seorang anak lelakinya dalam lingkungan sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jamaluddin Ibrahim ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, semasa kedua-dua mayat itu ditemui, enjin kereta berkenaan masih hidup sementara kereta tersebut pintu terkunci dari bahagian dalam.

“Mayat kedua-duanya ditemui oleh orang awam manakala ketika ditemui, enjin kereta berkenaan masih dalam keadaan hidup,” kata Jamaluddin

Mengulas lanjut, pintu kenderaan terbabit pula terkunci dari bahagian dalam dan pihak polis terpaksa membuka pintu berkenaan secara paksa untuk siasatan.

“Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati secara mengejut,” katanya sambil menambah punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.


*******kanak-kanak malang tu mmg bukan murid cahaya aku dan aku tak pernah ajar dia... tetapi, aku kenal sgt dia. Aku selalu marah dia sbb dia berebut-rebut n tolak kawan masa ambil makanan RMT.Hmmm....macam baru semalam tengok dia.. kasihan.....***********************

1 comments:

Unknown said...

syahdunya tengok