BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 26, 2010

Dua beranak dijumpai mati dalam kereta..............

Salam,

Sekadar berkongsi kejadian yang berlaku pada hari selasa-24 Ogos 2010-10 pagi.

Sumber :Sarawakupdate.com

MIRI — Dua beranak dijumpai mati dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang enjinnya masih hidup di Jalan Piasau, kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Wanita itu dikenali sebagai Sallyvroni Lahung Wan, 37 dan seorang anak lelakinya dalam lingkungan sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jamaluddin Ibrahim ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, semasa kedua-dua mayat itu ditemui, enjin kereta berkenaan masih hidup sementara kereta tersebut pintu terkunci dari bahagian dalam.

“Mayat kedua-duanya ditemui oleh orang awam manakala ketika ditemui, enjin kereta berkenaan masih dalam keadaan hidup,” kata Jamaluddin

Mengulas lanjut, pintu kenderaan terbabit pula terkunci dari bahagian dalam dan pihak polis terpaksa membuka pintu berkenaan secara paksa untuk siasatan.

“Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati secara mengejut,” katanya sambil menambah punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.


*******kanak-kanak malang tu mmg bukan murid cahaya aku dan aku tak pernah ajar dia... tetapi, aku kenal sgt dia. Aku selalu marah dia sbb dia berebut-rebut n tolak kawan masa ambil makanan RMT.Hmmm....macam baru semalam tengok dia.. kasihan.....***********************

Tuesday, August 24, 2010

Pengalaman Berharga

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca blog ini. Hari ini masuk ke 14 kita berpuasa.cepat masa berlalu.tak lama lg kita semua umat islam akan menyambut hari lebaran.

Hari ini aku nak citer pasal pengalaman ajar budak2 iban n melayu sarawak.mmg lawak sbb aku kan dr semenanjung mana la terbiasa n tau sgt pasal loghat diorang.

SITUASI 1
Satu hari, aku suruh budak2 cahaya aku colour gamba yg diorang lukis. ade satu budak tu dtg nangis2 kat aku sbb dia xbawa kaler n kwn dia lak xkasi. So, aku pun g la cakap leklok dgn bdk tu supaya bg pinjam kaler.Sekali budak tu g jawab.
"Cikgu, mamak saya sik suruh."

Pelik kan bunyi nye. tp sebenarnya maksud bdk tu mak saya tak kasi.. hehehe

SITUASI 2
Aku tengah tulis kat whiteboard n minta diorang salin dlm buku.tiba2 ade seorang bdk tu...
"Cikgu, saya sik tengok"
Yg lawaknye aku g jawab...
"Tengoklah...."
"Tak tengok saya cikgu."

Bersungguh bdk tu cakap kat aku.then, aku pun pikir balik maksud dia.oo, dia nak cakap kt aku dia tak nampak rupanya... hehehe

SITUASI 3
Tgh ajar pasal konsonan bergading yg 'ng' tu. aku tunjuk laa gamba kucing ade beberapa org budak cakap pusak.ok, fine.secara tak langsung aku dh belajar bahasa diorang.so, aku betulkan balik diorang kita panggil dlm bm kucing bukan pusak. Tunjuk gamba anjing, asuk pula diorang kata.ok, cikgu ah belajar lagi..hehe.betulkan lagi.
hari yg lain, aku tunjuk gamba kapal terbang.yg ni satu kelas menjerit..
"Belon, cikgu...!!"

Hehehe...

SITUASI 4
Yg ni berlaku masa awal thn aku mengajar. aku d minta jd cikgu ganti.
"Cikgu, saya nak kemih"
"Hmm.. kemih apa tu?"
budak tu cam blur n xtau nk explain aku apa perkataan bm.lama dia dok pikir last2,
aku tya kwn dia kt depan, kemih tu apa. sekali kwn dia cakap kencing.
Terus ja aku kasi kebenaran, berdessup budak tu lari.agaknya lama dah tahan..
kesian, cikgu ah mana tau..hehehe

SITUASI 5
time tgh wat latihan, ade budak yg jenis kaki ngadu n repot ni dtg aku.
"Cikgu, dia tikam saya."
Ok, bunyi nya sgt dahsyat mcm ko akan mati jap lagi tp sebenarnya maksud bdk tu kwn dia baling pemadam kt dia.hehehe

Sebenarnya, byk lg nk share tp yg ni je terlintas kt kepala aku.nti bile2 klu igt aku cite lg.

Dulu, sedih gak kenapa laa aku tercampak jauh sgt kena ajar kat sarawak. mcm best ja kwn2 dpt ajar kt semenanjug. skang, rasa cam seronok sbb dpt belajar sket2 pasal culture n kehidupan seharian diorang.dan ianya suatu Pengalaman Yang Amat Berharga utk Cikgu Ah kutip n simpan buat selama-lamanya dlm diari seorang guru....!!!!

Wassalam,
Cikgu Ah a.k.a Cikgu Cahaya





Saturday, August 7, 2010

Si Comelku...



Salam,

Selalu org kata yg masuk pemulihan tu mesti yg bermasalah pembelajaran n sikap.Mmg,xdpt nafikan pun.

Satu lg, murid pemulihan ni jenis murid yg comot2 n xpandai jaga kebersihan diri n pakaian.kuku panjang.rambut kusut masai n baju kusam xbasuh berapa hari.yg ni pun aku xnafikan jugak tp xleh la kata semua murid pemulihan mcm tu.ade juga ibubapa yg jenis jaga n amik berat anak mereka.

Anak murid cahaya aku..?? dh nama pun 15 org.mcm2 laa peel mereka. ade yg bersih wangi harum n comot busuk.Paling aku xsuke bile hari hujan, bahagian blkg sekolah akan banjir.sbb tanah kt situ jd rendah bile jentera asik dok sodok jaa.so, mana2 murid yg nk g kelas cahaya mesti harung n sambil main2 selam kaki dulu sblum masuk kelas aku.( ni, diorang main kalu aku xtggu kt depan pintu.klu aku ade, mau diorang berani main.hehehe)

Bile dh main selam kaki mcm tu, kasut sekolah basah.stokin basah n masuk kelas aku dgn bau masam2 gitu..xsuke2.. sbb tu aku dh standby febreze utk nyahbau masam2 itu.. hehe..

Tapi, entry aku kali ini bukan nk citer pasal stokin busuk.aku yg g melalut dr tajuk asal. ni sile maafkan cikgu ah.tabiat suke bercakap n mengarang apa yg terlintas dlm kepala. hehehe.

Namun, wpun org kata anak cahaya aku comot.di mata aku mereka tetap comel. Wpun ade yg nakal, tp bg aku.mereka masih dgr lg kata aku.

So, utk tatapan korang yg masih sudi jenguk blog aku wpun silent reader.aku hargai ok.

Dipersembahkan...

Murid Cahaya Lelaki Paling Comel jatuh kepada..........



...............







................










Roland Mawar, 3 Amanah

Comel kan.Bile senyum, selalu wt simpul2 mulut cam tu..;)

Sikap positif yg aku nampak dlm diri Roland adalah dia murid yg rajin berusaha. Dia ni baru pindah sekolah awal thn baru ni. Mule2 aku pegang dia dulu, KVKV pun xlepas. ni la contoh murid aku yg eja betui tp sebut salah. Sbb dia rajin dia dh pandai baca yg panjang2 skang.

Sikap negatif dia pulak dia xde keyakinan diri. Bile buat sesuatu mesti tya aku. Even eja dh btui mesti tya jugak."Eh, btul tak cikgu?"Wpun, dh dinasihat byk kali mcm tu laa jugak. Kalu kwn2 baca laju2 dr dia.dia dh ilang keyakinan n cepat down.Pahtu, wat muka panik2 yg comel nye itu.hehe..

Ok, Kategori seterusnya adalah


Murid Cahaya Perempuan Paling Comel....




........









.........









Natasha Nadia, 1 Tekun.

Kiut miut btui dia dgn mata bundar hitam itu.Suara kecik2 n halus jaa.

"Cikgu, salin ke?"

"Cikgu, warna ke?"

"Cikgu,saya xde kaler...."

Ayat famous dia.hehe.Sikap positif, dgr kata. Dia ni xmengenal nombor 4,5,6,8. Aku selalu suruh dia ulang baca nombor.Dia pun ulang baca sampai berapa kali tanpa jemu n bosan. mmg dgr kata budak ni. Sikap negatif, pelupa. Lupa bawa kaler.lupa bawa pensel.lupa bawa buku. N dtg bgtau kt aku dgn muka dia yg innocent n suci murni itu.. harus laa comel..hehe..




Bile dah ajar budak comel, aku pun tumpang sekaki kecomelan mereka.

hahahahaha.......






Wassalam,
Cikgu ah a.k.a Cikgu Cahaya

Thursday, August 5, 2010

Eja Betul Tapi Salah Sebut

Salam,

Rujuk entry Cikgu Haidi

Sebagai guru pemulihan, korang mesti penah menghadapi anak murid yg eja sudah betul dgn penuh bergaya tapi bile sebut perkataan hancur ke laut..hehehe..

Contohnya, eja bumi jadi mimi or mamat jadi matmat n etc.

Aku sokong kaedah yg Cikgu Haidi syorkan.Kaedah eja secara berulang-ulang. Aku pun ada pratikkan pd murid cahaya aku.Contohnya kayu

Murid normal mengeja
k..a... ka y...u... yu

Murid cahaya yg lemah mengeja
k... a... ka ka y...u... yu

Perasan tak perbezaan keduanya adalah suku kata awal diberi penekanan iaitu bunyi sebanyak dua kali.peringatan kpd otak mereka.Mula2 pratik cara ni, mungkin murid xkan dpt lg. tapi, Insya-Allah lama2 nanti murid akan dpt tangkap bunyi n batangkan perkataan yg betul. Alhamdulillah, aku dh wat mcm ni pd murid cahaya aku. Diorang dpt eja n sebut dgn jayanya.

namun, aku rasa guru pemulihan kena pantau perkembangan murid dr semasa ke semasa. Sebab aku takut nti diorang eja jd kakayu pulak.hehehe. Setakat ini, murid cahaya aku masih ok n tak de lg jd masalah mcm tu.

Wassalam,
Cikgu Ah a.k.a Cikgu Cahaya