BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 11, 2010

Rasa-rasa laa kan.....


Salam pembuka bicara,



Kalu tgk gambar kt bawah, korang rasa cikgu ah tgh buat apa ???




Tak siap lg nih, nti dh siap aku cerita kt korang balik apakah benda ni.
By the way, cam ne ekk nk letak attach soalan saringan, latihan pemulihan n etc kat sini??
ada sapa bleh tlg... aku xreti sgt blog ni.. ni pun cuba jaya sndr jaa... kalu jadi jadi laa.. sbb tu kalu blog ni mcm senget2 n xberapa menarik.. paham2 je laa ekk... hehehehe... ;p



Wassalam,

Guru Cahaya.

Sunday, January 10, 2010

Minggu Pertama...

Salam bicara,
Bersua lg dlm ruangan maya ini.. Minggu ini, kelas pemulihan belum dijalankan lagi. Tahun ini, bilangan murid pemulihan bm utk kelas 2 adalah sebanyak 14 orang manakala darjah 3 pula 6 orang..

Untuk matematik, ujian saringan belum selesai lagi.. Jadi, masih menunggu keputusan.. Selepas itu, baru laa pemilihan murid akan dijalankan..


Untuk tahun 2, aku telah selesai ujian diagnostik lisan bm.. tahun 3, mungkin akan disambung minggu hadapan.. cerita pasal ujian diagnostik lisan.. rata2 budak2 thn 2 tidak mengenal abc... betapa menyedihkan.. hanya 3 orang sahaja cekap mengenal abc.. ada tu, huruf l dikatakan nombor 1.. tidak kurang juga, langsung tidak mengenal abc. bila aku tunjuk huruf a.. spontan dijawabnya
"huruf kecil, cikgu.."
"yer, cikgu tau.. memang laa cikgu tunjuk pada kamu huruf kecil.. tapi, apakah huruf itu???"


Kekadang, aku tertanya2 mengapakah ini semua berlaku..
dalam masa setahun pembelajaran di tahun 1.. apa yg diorang belajar??
apa yg diorang dapat??

Pendapat 1 :Nak salahkan guru tahun 1?

Ulasan : Guru2 tahun 1 telah banyak berusaha dan menggunakan pelbagai cara dalam P&P..
Dan, aku respek guru tahun 1 sbb diorang laa yg membuka mata kanak2 mengenai dunia sekolah. Melayani karenah mereka yg suka merengek, menangis dan sesetengah murid tahun 1 yg masih xpandai ke tandas.

Pendapat 2 : Nak salahkan ibubapa?

Ulasan : Rata2 ibubapa kpd murid pemulihan adalah buta huruf.. Jadi, mereka tidak bersalah.. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab dgn menghantar anak mereka ke sekolah utk menjadi org yg berilmu..
Jadi, salah siapa?? tepuk dada tanya selera.. Ini laa yg akan menjadi tanggungjawab besar n harus digalas oleh guru2 pemulihan di luar sana.. Sanggupkah anda menyahut cabaran???



perjalanan masih jauh.. jalannya berlubang2 dan berlopak air.. Teruskan berjalan dgn penuh cekal...


Wassalam,


Guru cahaya

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010..!!!!!





Salam pembuka bicara,

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010...
Bila dah masuk tahun baru ni, mesti tertanya dah terlangsaikan azam 2009 n apa azam baru utk tahun 2010..?? apa azam korang utk tahun ni?? Selalu kita dgr biarlah tahun baru ni, kita menjadi insan yg lebih baik dr tahun sebelumnya...

Yer, aku pun berazam begitu.. Untuk azam 2010, aku ingin menjadi guru cahaya yg lebih baik drpd 2009.. Aku pun masih belajar selok-belok menjadi guru yg baik utk ank2 murid aku..

Doakan aku yer..!!!! ;)

Salam,
Guru Cahaya.